Kami membuat atap rumbia dan nipah yang
berkualiti, amat sesuai untuk dijadikan bumbung rumah rehat,
gazebo, gerai, restoran, interior design, landscape, hiasan taman dan
sebagainya.
Atap ini dapat bertahan
dalam cuaca panas dan hujan selama 10 tahun atau lebih sekiranya dipasang
dengan kaedah dan pengiraan yang betul.
Dari segi sejarah, atap ini telah digunakan sebagai bumbung rumah dan bangunan diseluruh Nusantara semenjak zaman dahulu sebelum kewujudan atap zink, genting, asbestos dan sebagainya.

Kelebihan menggunakan
atap ini ialah ia akan mewujudkan suasana nyaman dan sejuk didalam bangunan
tersebut walaupun tidak menggunakan kipas angin atau air-condition. Kesegarannya
seolah-olah kita sedang berada dibawah naungan daun-daun pokok yang rimbun.
Trend terbaru bagi
pengusaha restoran, warung, kedai makan, cafe dan lain-lain tanpa mengira apa
bangsanya, sangat berminat menggunakan atap ini untuk mendapatkan suasana nyaman dan ternyata dapat
menarik lebih ramai pengunjung memasuki premis kedai itu. Trend ini sealiran
dengan perubahan citarasa masyarakat yang semakin berminat ke arah "teknologi
hijau" atau "back to the nature"
Tempahan juga sering diterima dari pengusaha Resort / Chalet dan Hotel-Hotel kerana adanya unsur yang dinyatakan tadi.
Dari sudut pertanian dan penternakan, didapati atap rumbia / nipah ini amat sesuai digunakan, kerana ia dapat menghalang bahang panas berbanding penggunaan atap zink.
Saiz atap ini mengikut ukuran standardnya ialah 6 kaki panjang dan 2 kaki lebar. Walaubagaimanapun, ada kalanya pelanggan meminta kami membuat atap mengikut saiz yang dikehendakinya. Permintaan ini kami akan laksanakan dengan sebaik mungkin.
Atap Rumbia / Nipah ini dibuat menggunakan daun yang terpilih (daun matang dan lebar), tulangnya (mengkawan) menggunakan buluh atau batang pinang yang dibelah serta dijahit menggunakan tali diperbuat dari kulit pokok bemban untuk mengekalkan keasliannya.
Teknik pengiraan dan pemasangan atap disediakan dalam laman blog ini, sekiranya anda masih mempunyai persoalan sila hubungi saya seperti nombor diatas. Saya bersedia membantu anda pada bila-bila masa.
Untuk memudahkan saya membuat kiraan jumlah atap yang diperlukan berdasarkan saiz bangunan, Sila dapatkan dulu ukuran panjang dan lebar bumbung (dalam kaki) sebelum menghubungi saya.
Perbezaan Atap Rumbia dan Atap Nipah
Ramai pelanggan bertanya apakah perbezaan antara atap rumbia dan nipah.
Perbezaannya adalah :-
Atap rumbia lebih tahan lama, Atap rumbia boleh bertahan sehingga 10 tahun atau lebih jika dipasang dengan kaedah dan kiraan yang betul. Sesuai untuk bumbung pondok atau gazebo yang terletak diluar bangunan (outdoor)
Atap nipah lebih cantik, daunnya lebih tebal dan lebar, tetapi tidak tahan lama seperti atap rumbia. Atap nipah hanya boleh bertahan dalam lingkungan 5-6 tahun sahaja (outdoor). Sesuai dijadikan atap hiasan (indoor)
Atap Lalang
Atap ini diperbuat dari lalang terpilih, banyak pengusaha chalet dan resort yang berminat dengan atap ini kerana bentuknya yang unik, cantik dan berbeza dari atap rumbia dan nipah.
Walaubagaimanapun proses penyediaan bahan dan pembuatannya lebih rumit dan memakan masa berbanding atap rumbia dan nipah. Atas sebab itu lah harganya lebih mahal dari atap lain.
Pihak kami membuat atap ini berdasarkan tempahan, Panjangnya bergantung kepada permintaan pelanggan. Maksimum panjang adalah 10 kaki bagi sekeping dengan lebarnya 4-5 kaki.
Khidmat Pemasangan Atap
Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan atap.
Kami boleh dihubungi di talian 010 239 5949

atau emel kami di rumbiagazebo@gmail.com